Friday, January 28, 2011

Saturday, January 22, 2011

I saw this Evening

Just a short note. 
We never know why he cries so badly in front of the mall. 
We also never know why she is still mad at the crowd. Hell No! Can she just shuddup!
Why she is still honking her car, no one is blocking her way lahh I believe.
I'm thinking why the officer is dunking Mak Kiah's donut as if there's no time.
And why the parents just walking in the street silently like a dumb, not being prejudice.


But we never ask why those stupid Malay people are still there lepaKING with a half cup of teh tarik.


Serious doh. They are all Malays. I've never seen any other brand, I'm telling you the truth.
I'm done.



Tuesday, January 4, 2011

Never ever happened

Dear readers,

Never spend your money before you have it.

Thank you.



Wednesday, December 15, 2010

Story of The Day

Ok. A very quick one. At the age of 21, I feel so tired of being me. Maybe this is life. No one knows how your life will be. So, I wanna eat this chocolate alone.


Willi Wonka, please give me theseeeeeeeee!

Sunday, December 12, 2010

Alohahaholiday

Menariknya hari ini, hari sabtu, holiday. Jangan kau berangan mau bangun pagi bersiap mau ke tempat kerja. Berehat la Anton sepuas-puasnya. At the age of 21, she should'nt think of work and earn money. Since, she is destined to live like that so she decided to wake up late this holiday. Ewaaah. Tapi, masa lunch perut sudah lapar dan tiada siapa yang masak pagi apatah lagi tengahari. 

"Lapar, lapar, lapar", jerit Anton yang tension dengan remote control yang semakin lemah baterinya.

Sambil nyanyi lagu 'Mari Menari' yang tang korusnya saja berulang kali, Anton pun mulakan sesi masak-memasak. Lauk hari ini ala-ala kampung. Ewaaah! Periuk, kuali, belanga, ikan, cili padi, kobis dan belacan. Kombinasi yang menarik.

Lepas cuci ikan, rendam dengan asam jawa. Senyum sekejap tanda skil memasak masih ada.  :D Dan lepas tu apa ye?

Friday, December 10, 2010

Salah posmenkah?

Macam biasa setiap sabtu, Anton suka temankan Datuk Lee pusing-pusing kota sambil makan aiskrim jagung. Tak padan dengan gigi dah kurang tapi aiskrim tetap mahu 3 batang. Tapi pagi Sabtu tu Datuk Lee tak nak keluar jalan-jalan. Datuk Lee ajak Anton ke majlis kahwin rakan baiknya, Encik Rosso. Sebenarnya, Encik Rosso ini ialah rakan Datuk Lee sejak zaman sekolah rendah lagi. Encik Rosso dulu ketua kebersihan kelas, bendahari kelab alam sekitar dan ada membela seekor babi hutan nama Fringe. Kad kahwin berwarna biru emas dihulur, alamat tak jauh hanya terletak di bandar. Ohh, pasti orang kenamaan. 

Lepas sarapan kepingan jagung bakar, Datuk Lee segak memakai baju kemeja Polo berseluar khakis. Kereta antik Volkswagen hijau bergerak ke arah utara, arah bandar. Perjalanan hanya 20 minit, belok kiri, belok kanan, pusing round about, ambil kanan, belok kiri dan u-turn dan sampai sudah di kawasan yang diinginkan. Mengikut peta, rumah Encik Rosso terletak di belakang tadika. Ya. Itu tadika! Tapi mana rumah En Rosso, nombor 45? Pasti ada khemah atau bunga atau banner besar untuk meraikan majlis bersejarah inikan?

"Anton, berhenti. Mari kita tanya orang tua itu", arah Datuk Lee sambil menunjuk-nunjuk jari ke arah orang tua yang bertongkat itu. "Apa Datuk Lee tak sedar yang dia juga tua?", bisik hati Anton. 

"Eh, sayalah Encik Rosso Mortyno. Dan rumah nombor 45 ini memang rumah saya, tak mungkin saya silap. Tentang tadika tu... Sudah 20 tahun diroboh, sampai sekarang penduduk masih belum dapat pampasan. Apa punya kerajaan! Err... Kamu berdua ini siapa?", balas Encik Rosso yang bersuara serak-serak basah ala penyanyi rock 80-an.

Terus serta-merta Datuk Lee keluar kereta dan memeluk Encik Rosso dan ucap tahniah. "Rosso, tahniah! Akhirnya kahwin juga kau! Tahniah! Tapi, mana kendurinya? Adakah aku terlambat?", terjah Datuk Lee bertubi-tubi. Jelas di raut wajah Encik Rosso keliru. Mulutnya ternganga lopong dan bertanya, "Kahwin? Siapa yang berkahwin? dan kamu ini siapa?"

Lantas Datuk Lee menunjukkan kad kahwin biru emas Encik Rosso. Ditunjuk-tunjukkan alamat rumah dan peta di kad itu. Anton yang masih di kerusi pemandu mematikan enjin sambil memegang perut yang berbunyi-bunyi akibat lapar. Tapi, Encik Rosso gelak tiba-tiba...

"Hahah. Ya. Kad ini memang kad kahwin aku", jelas Encik Rosso. "Tapi, aku sudah berkahwin 40 tahun yang lepas. Dan kad ini juga sudah aku pos 40 tahun yang dulu. Tidak ke kau cek tahun kad ini wahai sahabat?"

Secara tidak sengaja, taik burung jatuh ke cermin kereta.

Monday, December 6, 2010

Hello Bos?

Lepas tengok Boa Chun Lai kalah main badminton semalam, rasa semangat nak bersenam balik. Ewaahhh. Dah lama Anton tak pergi bersenam, sejak puasa-raya-final exam-malas. Ini standard alasan kreatif Anton, jangan siapa pertikaikan. Kalau dulu pukul 4 pagi dah berkasut sukan dan juga towel di tengkuk, yang cuma tinggal hanya tekan button play kat hi-fi Sharp tu - aerobik la katakan. Tapi kini jam pun boleh di snooze2kan. Bermulalah hari ini pukul 5 pagi Anton dah bangun pagi bersedia jalani hidup sihat dengan mata kuyu. Walaupun kepala tengah pikir nak brekfast apa kat kedai Ah Choy pagi nanti. Sampai je kat gym orang ramai. Takpa fokus.

♫ ♫ "I know you want me, want me, You know I want cha, want cha, I know you want me, You know I want cha, want cha!'  ♫ ♫

"Hello, bos?" Berbuallah Anton 5 minit adalah.

Tak siapa tau itu bunyi alarm henfon Anton sebenarnya. Ewwaahh! Memang tak siapa tau. Cayalah!