Monday, December 6, 2010

Hello Bos?

Lepas tengok Boa Chun Lai kalah main badminton semalam, rasa semangat nak bersenam balik. Ewaahhh. Dah lama Anton tak pergi bersenam, sejak puasa-raya-final exam-malas. Ini standard alasan kreatif Anton, jangan siapa pertikaikan. Kalau dulu pukul 4 pagi dah berkasut sukan dan juga towel di tengkuk, yang cuma tinggal hanya tekan button play kat hi-fi Sharp tu - aerobik la katakan. Tapi kini jam pun boleh di snooze2kan. Bermulalah hari ini pukul 5 pagi Anton dah bangun pagi bersedia jalani hidup sihat dengan mata kuyu. Walaupun kepala tengah pikir nak brekfast apa kat kedai Ah Choy pagi nanti. Sampai je kat gym orang ramai. Takpa fokus.

♫ ♫ "I know you want me, want me, You know I want cha, want cha, I know you want me, You know I want cha, want cha!'  ♫ ♫

"Hello, bos?" Berbuallah Anton 5 minit adalah.

Tak siapa tau itu bunyi alarm henfon Anton sebenarnya. Ewwaahh! Memang tak siapa tau. Cayalah!



Friday, December 3, 2010

Sang Wira Yang Gagah Perkasa

Sebab tu lah Anton kata budak-budak zaman sekarang jangan terlalu beri kebebasan bersosial. Sebab terlalu liarlah mereka takda rasa hormat diri dan orang lain. Tak nak cakap salah ibu bapa atau cikgu-cikgu kat sekolah. Jangan pulak cakap salah Mark Zuckerberg, itu fitnah. Oh mereka terlalu berahi mencari perhatian dalam pergaulan tanpa kisah malu dan bersalah. Dia dan kliknya saja yang best. Kalau comel macam Sang Wira tak apalah.

Sang Wira yang gagah perkasa~


"Kalau lah boleh dibuat saman pasti Anton menang beribu-ribu", fikir Anton sedalam-dalamnya.
***

Published! Nota tak puas hati ini ditulis sebaik sahaja 2 remaja liar dan berahi tu cilok tempat duduk Anton di depan mata. Kemudian satu lagi tempat dicilok! Tapi kali ini bukan remaja, seorang dewasa. pffft!

Wednesday, December 1, 2010

Sorry

It's hard for me to express this. I might be smiling now but I hope by just saying I miss you mama the rest will understand that I really mean it. 

Antonella

Tuesday, November 30, 2010

Itulah Cabarannya

Lepas je borak dengan Carlo petang tu, hujan pun turun perlahan-lahan. Nasib haritu kurang baik sebab terpaksa lari-lari anak dengan heels tinggi. Tidak lah setinggi KLCC pun cuma boleh undang bahaya je. Tren lagi 5 minit nak sampai, syukur tak terlepas kali ini. Oh ya! Bila hujan mula turun, semua rencana makhluk mukabumi ini tergendala, barangkali dengan alasan best "ya sudah hujan, mari tidur nikmati alam'. Tapi anak-anak muda yang liar dan berahi ini tak tau yang hampir kesemua makhluk di stesen ini berobjektif mahu pulang dari tempat kerja. Takpe. Berilah peluang.

Tren penuh yang disangka tin sardin bergerak pun tiba. Jadi berjalanlah sardin-sardin itu tersumbat ke dalam gerabak biru kuning yang uzur itu. Masuklah Anton dengan langkahan mesra menyertai sardin-sardin yang lain. Jangan kau perasan ada udara bersih di dalam itu, Anton. Tidak lah kau dapat udara bersih buat seketika ditambah tajaan bau dari sekeliling. Takpa Anton lagak cool depan hero hensem tu. Gaya macam seorang athlete. Seperti mau tanya ada kamu main olimpik hari itu?

Belok kiri kanan tak jatuh pun sebab keadaan tren terlalu padat. Ya memang bunyi agak menarik tapi panas, tren ini tak ber-air cond. Alamak! Hero hensem tengah baca apa yang Anton taipkan ini. Oh terus Anton jadi malu saja. Lagi satu stesen tapi sardin tetap sardin. Kaki dah penat, berpeluh-peluh lagi tak payah pergi sauna lagi sebagai cadangan.

8 malam. Baru balik Anton? Mari makan malam, aku belanja, offer Carlo. Fuhh... Itulah nikmat dunia yang sebenar. Tapi Carlo, unta kau kan rosak?, curious Anton. Lantas dibalas, Alah... Tren kan ada. Apa susahnya.


Tren? Ya. Itulah cabarannya.







Sunday, November 28, 2010

Coretan Diari Biru

Truuttt... Truuttt... Truutt... Itu bunyi sms handphone Anton. Masa makan malam macam inilah ada orang nak ganggu. Begitulah busy nya Anton tiada siapa pernah peduli. Diangguk-angguk dan senyum lalu ditekan butang send. Ya, Anton masih guna handphone murah - bukannya yang boleh disentuh-sentuh, diraba-raba. Diratah ayam penuh mesra, seketul dua apa salahnya. Kemudian, diari biru Anton diselak perlahan-lahan. Sekali lagi, diangguk-angguk, tersenyum sendiri. 

"Fine, my week has gone. Tomorrow is a new day, a new week, a new life", kata Anton tiba-tiba diiringi senyum sinis ala-ala Yusf Haslam. Selesai makan Anton naik atas dan tidur. Habis sudah satu malam kisah Antonella.

Diari biru yang terbuka luas di atas meja tadi dibaca Carlo. Katanya:

"Seems that my blog is full of hatred this bloody week. Everyone asked me why? I kept silence. Truthfully, I hate you Fucker. But which Fucker I don't know! Though you didn't do anything bad to me. But I can feel it and I really hate to look at you. You don't ask me why because I don't have the answer. You'll ruin your life one day because your are damn stupid!"

Tiada siapa pernah tahu siapa yang dimarah Anton. Rupanya gelak-gelak Anton selama ini ada sedih disebaliknya. Carlo sedar Anton berbahasa London kalau dalam keadaan marah. Mungkin dia dah penat jadi watak utama dalam hidupnya, tidak mungkin dia rasa sepi. Ada nota kecil tertulis: 
"I have my own life, you don't say I don't have friends"


Biarkan dia tidur nyenyak malam ini kerana belum tahu apa yang akan berlaku esok hari.

Wednesday, November 24, 2010

Edisi II Tak Puas Hati Anton

"Eh, Eh. Aku tau la. Aku kaki boling. Kenal sangat dgn mereka tu", kata si Dynamo warna biru.

Lagi-lagi nak bertekak. Siapa kata Zulmazran tu adik beradik dengan Shalin Zulkifli? Nama akhir je sama, tapi diorang tu tak ada kene-mengena. Apa yang degil sangat. Kenapa tak cakap yang Salman Khan tu adik beradik dengan Genghis Khan? Ini memang boleh mendatangkan marah. 

Yang masih degil lagi ni kenapa? Luahan hati Anton dalam imaginasi tak boleh blah kat mamat bodoh tu. 


(ini penjelasan dari kawan Zulmazran sendiri)

Anton kata: Hmmm... ada sesiapa boleh buktikan? silakan.

Tuesday, November 23, 2010

Edisi tak puas hati Anton

Pukul satu time makan. 
Plan nak pergi Kopitiam Mr Jacob makan-makan minum-minum. 
Fuhhh! Ramai sangat orang berjalan yang dongak ke langit hari ini, sikit pun tak tunduk ke tanah. 
Mungkin sebab tu ada politik.
Tak tau sampai bila diorang nak jadi pencacai.
Tak reti berhenti.
Muka dia buruk sebab ada dua. Haram.
Cakap-cakap pun depan belakang tepi tengah atas bawah. Lagi haram.
Tak tau bila nak berhenti.


Macam rasa mau pengsan kat escalator tadi, mungkin escalator tadi berpenyakit.