Sambil makan cekedis ni, Anton tergelak besar bila tengok cerita kartun kat tv. Bukannya sengaja Anton nak makan cekedis, tapi hanya sekadar pengalas perut nak tunggu megi kembang. Perut dah berbunyi dari tadi. Sambil melayan bunyi2 perut, Anton terfikir kisah Carlo setahun yang lepas. Kisah yang menjadikan Carlo sedih bangat. Anton sendiri pernah menjadi saksi bila Carlo hampir telan 2 papan panadol sebab kesedihan ini.
"Kenapa kau cebik, Carlo", Anton tanya selamba. Carlo diam.
Lepas Anton korek-korek rahsia rupanya Carlo baru putus cinta. Anton nak komen tapi tak berani sebab Anton sendiri pun sedih masih tak jumpa cinta. Anton cuba buat muka ceria, belanja coke, bagi pinjam handphone 2 hari, ajak menari dan daftar kelas yoga! Tapi, Carlo tetap mencebik dan layu.
Akhirnya semasa jalan kaki balik rumah Carlo bersuara.
"Dialah cinta pertama aku. Aku sayang sangat dia, tapi kenapa dia putuskan hubungan ni lepas dia bagi bunga ros 2 dozen kat aku! Aku sayang dia Anton!"
Anton diam dan berdiri tunduk. Cepatla sambung, cepatlah. Sememangnya minda separuh sedar Anton berfungsi lancar bila Carlo terus sambung cerita dia...
"Aku tak patut tanya dia soalan tu. Kenapa gelojoh sangat tanya pasal anak. Hubungan ni kan masih baru. Kenapaaaaa!!!? Aku benci bila dia cakap pasal anak. Semuanya anak! Aku akan jaga anak kita bersama-sama konon. Aku akan ambil anak dari sekolah konon. Aku kena masak konon!"
"Eh baguslah tu. Maksudnya dia dah ready nak jadikan kau suri di hati. Apa masalahnya?" Anton tanya tak puas hati.
"Perbualan kami terus jadi lebih teruk bila dia tanya apa yang akan aku masak bila dah bersama nanti? Dia menceritakan yang dia akan pulang dari kerja dan makan masakan aku. Tapi lepas aku jawab dengan penuh konfiden, dia terus melenting! Tercampak semua pop corn $5.99 aku."
Anton tanya lagi. "Apa yang kau jawab Carlo?"
"Aku tak tahu. Aku hanya jawab 'aku akan masak sekali sekala', salah ke?"