Pagi tu semua orang berkumpul kat dalam bilik library untuk pindahkan
kotak-kotak buku ke tempat lain. Tak tau apa sebab, sebab malas nak layan.
Hanya lima orang saja yang terlibat, termasuk aku yang terpaksa. Susah nak
visualkan bilik tu sebab penerimaan cahaya dalam bilik tu amat kurang
kerana dipenuhi dengan berkotak-kotak buku. Tepat masanya, ahli yang
terlibat menggerakkan sendi tulang dan mengangkat kotak-kotak buku yang
berat tu.
’Pssst!’
’Pssst!’
Aku toleh kiri dan kanan.
’Pssst!’
Semua ahli sememangnya tengah sibuk dengan kerja masing-masing dan tiada
seorang pun yang bersuara sbb masing-masing penat. Tapi aku masih
terdengar bunyi panggilan tu..
’Psst!’
Bila aku dongak, rupanya ada seorang jejaka Portugis panggil. ’You, come
here’, sambil melambaikan tangan.
Aku pun pergi meninggalkan kotak-kotak. Sekali tengok mcm Alfonso
de’Alburque... nak je aku tanya ko ni nak beli rempah ratus ke? takda
kat sini. Jawa byk. Tapi dua kali aku toleh sah Cristiano Ronaldo
panggil daa... Tak pulak aku perasan dia sebelum ni wujud kat komiti
kelab library ni. Pelik dan seronok jadinya aku hari tu. Tak sangka
betul yang C. Ronaldo satu grup ngan aku dan nak pulak dia panggil aku
dekat dengan dia. Seronok gaban jadinya aku.
Dengan pantas aku berjalan ke arah dia. ’Why?’, berani aku bertanya
sebab di situlah wujud perbualan pertama kami.
****
’Eh, baru 3.15 pg. Mana matahari? ’
Terpinga-pinga aku pagi tu. Tercari-cari juga matahari dan C. Ronaldo.
Bukan nak regret tapi rupanya itu cuma mimpi.
(nampak suci sikit berbaju putih)
No comments:
Post a Comment