Masa itu pagi, mata masih mengantuk apabila mama memesan Anton untuk mengejutkan datuk lee di rumahnya. Semenjak isteri datuk lee meninggalkannya, datuk lee agak sukar untuk bangun pagi dan terpaksalah kami sebagai jiran bergilir-gilir mengejutkannya. Bukanya tidak boleh menelefon sahaja datuk lee, tetapi datuk lee tidak reti menggunakan telefon, maklumlah matanya sudah rabun. Semasa memasuki halaman rumah datuk lee, Fanny, kucing belaan datuk lee sejak 20 tahun yang dulu melompat-lompat seperti menyambut kedatangan Anton. “Hai Fanny”, itu sahaja kata dari Anton.
Seperti biasa, Anton memasuki rumah datuk lee. Ruang tamu masih bersih, begitu juga dapur. Jelas sekali yang datuk lee masih belum bangun dari katilnya.
“Selamat pagi datuk lee”, kejut Anton.
Datuk lee nampak penat. Walaupun kisah hitam itu sudah 10 tahun berlalu, masih jelas ternampak kesunyian di wajahnya. Datuk lee pun bangun dan duduk sebentar sambil memakai cermin matanya.
“Mama pesan yang hari ini datuk lee tidak perlu ke pejabat kerana hari ini hari cuti”, Anton memulakan perbualan selari dengan anggukkan datuk lee.
“Hari ini hari apa Anton?” tiba-tiba datuk lee bersuara.
“Hari ini cuti tahun baru, satu Januari”, balas Anton sambil duduk di kerusi. Bilik datuk lee agak gelap. Mungkin kerana langsirnya yang tebal menghalang cahaya untuk masuk. Datuk lee yang duduk di atas katilnya masih termenung jauh.
Tidak lama selepas itu datuk lee bersuara, “Missy masih tidakmahu pulang. Sudah genap 10 tahun dia meninggalkan aku. Apa tidak dia risau makan pakai ku? Tidak fikirkah dia akan kedut-kedut di wajahku memikirkannya?”
“Anton, boleh kau memesan kepada Missy yang aku masih menunggunya?, pesan datuk lee kepada Anton.
Anton pulang ke rumah dengan seribu tanda tanya. Mungkin inilah maksud sebenar pesanan datuk lee kepada Anton dahulu - cinta itu bukannya satu, tapi banyak cinta, namun setia itu cuma ada satu. Pemergian Puan Missy 10 tahun yang dulu langsung tidak merubah cinta datuk lee. Semuanya kerana setia datuk lee terhadap Puan Missy.
Tersenyum Anton. Alangkah indahnya mendapat cinta datuk lee.
Dan kasihan juga kepada Puan Madaline yang masih setia menunggu datuk lee hingga kini.
1 comment:
=)
Post a Comment