Sunday, August 29, 2010

Datuk Lee, basikal tua dan Puan Madaline

Datuk lee pernah berpesan yang cinta itu bukannya satu, tapi ada manyak cinta. Tapi setia itu cuma ada satu. Masa datuk lee tinggalkan pesan ni, Anton baru berusia 9 tahun. Tiadalah sebarang komen ditinggalkan cuma hanya anggukkan keliru. Kini, Anton mula teringat akan kata-kata datuk lee. Mungkin ada benarnya di sana, siapa tahu. "Rindu pula pada datuk lee", bisik hati Anton.

Tiada siapa yang tak kenal dengan datuk lee. Orangnya ramah, baik, pemurah dan ceria. Bekerja sebagai posmen, hidupnya bermula seawal 6 pagi, mengayuh basikal ke pejabat pos berdekatan dan pulang pada jam 5 petang. Dengar kata datuk lee ini kacak orangnya. Ada darah kacukan belanda-sepanyol, padanlah Puan Madaline masih tetap menjanda. 

*datuk lee dan basikal tuanya

"Tapi apa yang menghalang cinta datuk lee dan Puan Madaline, En Sam?", soal Anton kepasa En Sam, guru matematiknya. 

Hingga kini, Anton masih menunggu jawapan dari En Sam. Barangkali ada cerita disebalik itu.

Feel cha cha cha

Malam itu, hujan rintik-rintik.

"satu, dua, tiga..."

"satu, dua, tiga..."

"satu, dua, tiga..."

Cuba lagi. "satu, dua, tiga"

Lagi sekali, "satu, dua, tiga"

Macam nilah bunyinya bila Anton pakai kasut tumit tinggi. Permulaan yang bagus untuk feel cha cha cha. *berkata sambil kenyit mata pada pasangan malam itu.

**sememangnya ini bukan kaki Anton


Saturday, August 28, 2010

Datuk Lee dan Loterinya


"Apa perasaan kau?, ada apa-apa komen?, sergah Carlo.

Anton diam, diam, dan diam lagi. Tik tok tik tok bunyi jam dinding sampai boleh didengar.


"Bila jatuhnya Kota Perancis, jatuh juga datuk lee." Anton tidak lah kecewa mana sambil kibarkan bendera Maysia tapi tetap berbaju Jerman.

*Kali terakhir dengar pasal datuk lee, dia baru beli waja buatan Maysia hasil menang loteri.
Memang orang kaya baru Kepong.



Saturday, August 21, 2010

Perbualan antara Mr Carmicheal dan Emily

Di suatu petang...

"kau tak duduk diam"

"apalagi yang perlu saya lakukan! saya sudah penat!!"

"Emily, degil betul. Cuba stay in a position"

"baik saya faham, tapi...."

"okay... sekarang buka sikit kaki"

"tidak mahu"

"baiklah, sekali lagi"
"saya masih tak mahu!, ia amat memenatkan"


"sekarang, pusing ke belakang. ia adalah yang terbaik!"

"iye... iye... saya faham, saya harus menarik diri"

"mengapa Emily?"

"sebelum pertandingan tarian itu bermula"


"beautiful. selesai sudah kerja kita. bagus Emily, bagus!"

eh eh. Rupanya Emily, si anjing hodoh sedang bergambar bersama Mr Carmicheal tatkala Puan Roszky sedang serius bertelefon di sudut taman. Aneh, perbualan mereka nampak mesra.

Senja begini seharusnya Anton pulang.

Thursday, August 19, 2010

Dua gadis cina tiada unsur perkauman, harap maklum.


Sudah lama tak menulis. Rasa seperti kosong. Anton terduduk sendiri di tangga sambil memangku komputer riba murahnya. Tak tahu apa dah jadi padanya, umpama dia koma setahun di ICU namun tiada siapa tahu. Episode baru bermula begini;

***

Semalam hari lahir Marcella. Semakin hari manusia semakin tua, tiada siapa yang pernah kembali muda. Rasa seronok bila dapat berjumpa gadis comel ni setelah 18 tahun tidak berjumpa. *Marcella ialah watak baru iaitu rakan karib Anton sejak tadika lagi.

Selasa, 3 suku petang, Anton tiba 15 minit awal sebelum masa yang dijanjikan. Sambil minum coke, Anton duduk selamba, berkongsi bangku dengan 2 gadis cina. Wah! Rancak berbual 2 amoi ni, bisik hati Anton.

"Kenapa mesti pakai stokin pink sedangkan kau tu lelaki"

"Katrina lebih hodoh dari Marine"

"Luis bukannya bijak pun tapi lurus. Mamak jual rojak lebih @#$%#$"

"Namanya Gloria? Tidak sesuai rasanya. Rasa seperti mahu cadangkan Glorance"

"Aku cakap pada Jonnny, bau kamu seharum DIOR. Malangnya dia tidak tahu aku hampir separuh mati menghidu nafasnya"

WOW! Dalam 2 minit hampir sepuluh nama yang disebut. Kisah yang berlainan, Anton pasti. Jelas manusia masih belum sedar yang semakin hari kita semakin tua tapi masih mahu sibuk perihal orang lain yang memang tiada talian dengan kita. Ini semua alasan kreatif untuk mengisi masa atau habit 'OMONGAN KOSONG' ini boleh jadi hobi baru barangkali. Tiba-tiba...

"bammm...!", tin coke KOSONG melompat ke dahi Anton.



**nak mengumpat jangan minum coke, minum lah PEPSI.
(lain kali jangan sibuk hal lain)

Wednesday, August 18, 2010

Should Anton Write Again?

“Sudah lama Anton tak berblog. Tunggu masanya sahaja,” kata Antonella