Sudah lama tak menulis. Rasa seperti kosong. Anton terduduk sendiri di tangga sambil memangku komputer riba murahnya. Tak tahu apa dah jadi padanya, umpama dia koma setahun di ICU namun tiada siapa tahu. Episode baru bermula begini;
***
Semalam hari lahir Marcella. Semakin hari manusia semakin tua, tiada siapa yang pernah kembali muda. Rasa seronok bila dapat berjumpa gadis comel ni setelah 18 tahun tidak berjumpa. *Marcella ialah watak baru iaitu rakan karib Anton sejak tadika lagi.
Selasa, 3 suku petang, Anton tiba 15 minit awal sebelum masa yang dijanjikan. Sambil minum coke, Anton duduk selamba, berkongsi bangku dengan 2 gadis cina. Wah! Rancak berbual 2 amoi ni, bisik hati Anton.
"Kenapa mesti pakai stokin pink sedangkan kau tu lelaki"
"Katrina lebih hodoh dari Marine"
"Luis bukannya bijak pun tapi lurus. Mamak jual rojak lebih @#$%#$"
"Namanya Gloria? Tidak sesuai rasanya. Rasa seperti mahu cadangkan Glorance"
"Aku cakap pada Jonnny, bau kamu seharum DIOR. Malangnya dia tidak tahu aku hampir separuh mati menghidu nafasnya"
WOW! Dalam 2 minit hampir sepuluh nama yang disebut. Kisah yang berlainan, Anton pasti. Jelas manusia masih belum sedar yang semakin hari kita semakin tua tapi masih mahu sibuk perihal orang lain yang memang tiada talian dengan kita. Ini semua alasan kreatif untuk mengisi masa atau habit 'OMONGAN KOSONG' ini boleh jadi hobi baru barangkali. Tiba-tiba...
"bammm...!", tin coke KOSONG melompat ke dahi Anton.
**nak mengumpat jangan minum coke, minum lah PEPSI.
(lain kali jangan sibuk hal lain)
No comments:
Post a Comment