Wednesday, July 22, 2009
Anak
Tuesday, July 7, 2009
Dongengan Malam
Saturday, July 4, 2009
Saturday, June 13, 2009
Cerita Dulu2
“Pedro, bila awak dah besar nanti nak jadi apa?,” soal Pn Krutz.
“Ahli bomba, seperti ayah saya!,” jawablah Pedro sambil tangan menembak-nembak. Apa yang ditembak aku tak tau, ntah maybe konfius antara ahli bomba dengan sheriff.
“Marion? Bagaimana dengan awak?.” Terus Marion jawab, “pejuang negara seperti Hitler”. Suka hati kau la Marion, fikir aku.
“Dan kamu?”, cikgu aku tanya lagi.
“…Pelukis…”
“…Arkitek…”
“…Ahli gusti…”
“…Doktor…”
Dan bile turn aku…. “Bagus. Anton pulak?’
“Mmmm…. Saya nak sangat jadi macam Kenny Rogers”,
KAHKAHKAH. Satu kelas tetibe gelak besar. Semua orang ingat Kenny Rogers tu restoran makan je. Buku ilmiah tak nak baca. Dengan cikgu-cikgu hentam gelak. Aku nak jadi dia sebab si Kenny Rogers tu nyanyi best. Kawan-kawan aku semua tu tak belajar sivik ke? Tak reti hormat cita-cita orang seperti aku yang berwawasan besar ni ke? Disebabkan malu yang melampau, terus aku tukar cita-cita aku dengan profesion yang lebih dikenali seperti pemilik restoran.
Sunday, June 7, 2009
Mario punya pasal
++Gambar? Gambar apa?
+Aduh. Maknanya kau tak bawa la nih?
++Bawa apa? Kau tak pesan apa-apa pun.
+Semalam aku ada pesan kat kau kan. Kau dah lupa ke? Ingat tak masa kita jalan kaki aku ada cakap aku mintak balik gambar aku. Ingat tak kita jalan kaki...? Sebelum kita kena kejar dengan anjing tuh?
++Kejar anjing? Haa.. Aku ingat tapi... pasal gambar aku tak kata apa-apa pun....
+Eeee... geramnya aku...!!!!!!!
>>>Piangggg....! (bunyi hentukan kuat antara penutup tong sampah dengan benda keras)
+Padan muka kau.
Salah siapa
“Kalau nak masak ni, confirm kena tunggu 5 minit ni”, otak aku tiba-tiba terfikir. Disebabkan itu, aku sepantas kilat bertandang ke rumah jiran, Carlo. Rumah dia taklah jauh sangat, adalah 6 tapak je dari rumah aku. Pintu tak berkunci, aku masuk terus berjalan ke dapur.
Eh... Encik dan Puan Basten tengah tengok tv, cerita kartun lagi. Mereka berdua nampak terkejut kehadiran aku kat situ sampai Puan Basten ternganga bulat. Jadi, elak keadaan jadi kucar kacir, aku terus ucap ’Selamat Pagi’. Berjalan terus ke belakang, akhirnya aku jumpa Carlo yang tengah breakfast lempeng dengan abang dia yang hensem tu, Ricardo.
”Carlo, aaa aku naik seram bila takdaa siapa kat rumaah akuu. Jadi aku terus ke rumah kau. Boleeh la breakfast skali”, terpaksa aku menipu sunat sambil tarik kerusi dan duduk. Carlo dan Ricardo memang nampak terkejut. Aku cakap lagi....
” Dey... Carlo, tak payah lah tenung-tenung aku. Bak sini pinggan”.
Memang pelik perangai keluarga Basten ni hari tu. Macam tak pernah tengok aku lepak rumah diorang. Pinggan yang diminta tak dapat-dapat, terus buat aku ambik sendiri kat rak kiri. Apa yang ditenung-tenung dek dua orang kawan aku ni, malas aku nak ambik kisah. Yang pasti aku dapat isi perut ni. Lepas habis sepinggan aku tengok Ricardo dan Carlo masih tercengang.
“Woi..! Kenapa korang berdua ni!!!”, bentak aku tiba-tiba. ”Apasal ha? Macam aku tak pakai baju!”. Angin aku dah naik meluap-luap. Panas hati dah sama panas dengan suhu mikrowave.
Tiba-tiba Carlo bersuara. “Nah. Ambik ni. Kau balik dulu, lepas dah ok baru kau datang balik, kita breakfast sama-sama, Aku pun dah lama nak pulangkan kat kau, bukan sengaja nak simpan lama-lama”.
Sekali aku dihulur seluar pendek bunga-bunga aku yang dah lama Carlo pinjam tak pulang-pulangkan. Aku masih pelik. Aku tanya dia balik kenapa.
”Tu.. tu... kau lupa sarung seluar ke apa. Aku tau la aku simpan seluar kau dah berkurun lamanya. Tapi takyah la ko nak wat trick seksi mintak balik seluar kau”.
Apa lagi, lari la aku balik rumahhhhhhh....!
Tuesday, June 2, 2009
Cerita pelik Anton
Hari ni hari sekolah. Mak dah gosok baju kurung biru aku kemas-kemas. Lagi seminit pukul tujuh, mata aku tetap kuyu. Aku sarung kain dan baju perlahan-lahan takut ronyok, kemudian aku renung stoking dalam-dalam; “tak sukanya pakai stokin”, aku kata... Lepas minum
“Seronok jugak jadi kucing, tak yah tinggal
Sampai je aku kat sekolah loceng dah berbunyi. Hari yang membosankan bermula sekali lagi selepas cuti panjang. Ingat nak putar balik masa tu kepada dua minggu yang lepas. Tapi lepas difikir-fikirkan, tak nak lah!. Aku tak nak harungi hari teruk aku; kena marah ngan mak sebab pecah
Aku kat dalam kelas.
Perangai si Mario ni memang buruk aku kata. Sebab suka eksyen-mengeksyen, kali ni botol air baru dia. Memang cantik aku tak tipu. Sebabkan dahaga aku buat belek-belek sambil memuji dia dan minum seteguk dua. Katanya bapak dia belikan untuk dia dari
Cikgu Sains aku masuk mula
“baiklah murid-murid, sila buka…”
Buka apa aku tak pasti tapi hari tu amat pelik bagi aku. Mungkin penangan curi-curi minum air Mario. Sampai sekarang tak ada siapa yang tahu pasal cerita ni. Kekadang sambil aku kayuh basikal mahupun potong sayur aku masih terfikir akan kepelikan ini. Aku masih pelik.
Monday, June 1, 2009
Kisah satu
Habis je sekolah pagi, aku mesti balik rumah sebab nak makan dengan mak. Yang bestnya bila mak masak lauk favaret aku ikan goreng dan sayur
Sesampai je aku kat
“Weh, ko
Aku diam je padahal telinga aku dah kebas-kebas dek malu akibat Mario jerit kat aku. Aku tengok sekeliling. Memang jelas semua yang ada kat
****
Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Aku bangun dari sofa dan capai kontrol astro yang ada kat sebelah tv. Aku tengok sekeliling, memang semua penghuni rumah ni dah tidur. Maknanya tinggal aku seorang je yang celik. Eeehh! Seram plak.
Tv dah on. Aku nampak iklan je. Lagi 10 minit nak dekat 2.45 pagi, maknanya sekarang ni dah 2.35 pagi. Aku alih channel yang aku nak, 812 ESPN.
“Fuh… Nasib belum terlepas”, bisik hati aku sambil capai dua paket cekedis.