Tuesday, November 30, 2010

Itulah Cabarannya

Lepas je borak dengan Carlo petang tu, hujan pun turun perlahan-lahan. Nasib haritu kurang baik sebab terpaksa lari-lari anak dengan heels tinggi. Tidak lah setinggi KLCC pun cuma boleh undang bahaya je. Tren lagi 5 minit nak sampai, syukur tak terlepas kali ini. Oh ya! Bila hujan mula turun, semua rencana makhluk mukabumi ini tergendala, barangkali dengan alasan best "ya sudah hujan, mari tidur nikmati alam'. Tapi anak-anak muda yang liar dan berahi ini tak tau yang hampir kesemua makhluk di stesen ini berobjektif mahu pulang dari tempat kerja. Takpe. Berilah peluang.

Tren penuh yang disangka tin sardin bergerak pun tiba. Jadi berjalanlah sardin-sardin itu tersumbat ke dalam gerabak biru kuning yang uzur itu. Masuklah Anton dengan langkahan mesra menyertai sardin-sardin yang lain. Jangan kau perasan ada udara bersih di dalam itu, Anton. Tidak lah kau dapat udara bersih buat seketika ditambah tajaan bau dari sekeliling. Takpa Anton lagak cool depan hero hensem tu. Gaya macam seorang athlete. Seperti mau tanya ada kamu main olimpik hari itu?

Belok kiri kanan tak jatuh pun sebab keadaan tren terlalu padat. Ya memang bunyi agak menarik tapi panas, tren ini tak ber-air cond. Alamak! Hero hensem tengah baca apa yang Anton taipkan ini. Oh terus Anton jadi malu saja. Lagi satu stesen tapi sardin tetap sardin. Kaki dah penat, berpeluh-peluh lagi tak payah pergi sauna lagi sebagai cadangan.

8 malam. Baru balik Anton? Mari makan malam, aku belanja, offer Carlo. Fuhh... Itulah nikmat dunia yang sebenar. Tapi Carlo, unta kau kan rosak?, curious Anton. Lantas dibalas, Alah... Tren kan ada. Apa susahnya.


Tren? Ya. Itulah cabarannya.







1 comment:

little ain said...

sahut cabaran itu anton. hehehehe!