Monday, November 15, 2010

Katak Malam

Lagi sekali cerita malam. Malam ni bulan penuh, langit mendung buat Anton rasa nak tidur. Mana boleh tidur selagi assignment ni tak siap. Student life memang perit dan penat kononnya. Tapi ni mungkin alasan kreatif sebab sifat malas memang dah tertanam dari dulu. Dari tadi baru 10 patah perkataan je yang tertulis. Sudah hentikan! perut rasa lapar.

Aisbok kosong sebab semua orang dah tidur. Hari ni malam isnin maksudnya takda bola pagi ni. Jadi, misi mencari biskut kering bermula. Anton capai tin Jakob kuning, bukak penutup stail lama pakai sudu dengan harapan ada sekeping pun jadilah. Damn! Tinggal serbok!

Walau malam gelap, Anton capai juga basikal gigih ke kedai serbaneka Wong Chin. Itulah satu-satunya kedai cina yang tak jual ubat cina yang bukak 24 jam. Gelap wooo. Krek... Krek... Krek... bunyi basikal. Sambil kayuh sambil tu update twitter, ada kau kisah jeling Anton kat chihuahua jiran sebelah. 

Krek... Krek... Krek... bunyi basikal Anton lagi. Malam memang gelap satu hapa tak nampak hapa-hapa. 

Lepas parking basikal kat tiang tepi selekoh, kaki pun jejak tanah dan Anton kata, "cibai kau katak. Lagi sikit kau mau penyek".

Tamat.

No comments: