Wednesday, December 15, 2010

Story of The Day

Ok. A very quick one. At the age of 21, I feel so tired of being me. Maybe this is life. No one knows how your life will be. So, I wanna eat this chocolate alone.


Willi Wonka, please give me theseeeeeeeee!

Sunday, December 12, 2010

Alohahaholiday

Menariknya hari ini, hari sabtu, holiday. Jangan kau berangan mau bangun pagi bersiap mau ke tempat kerja. Berehat la Anton sepuas-puasnya. At the age of 21, she should'nt think of work and earn money. Since, she is destined to live like that so she decided to wake up late this holiday. Ewaaah. Tapi, masa lunch perut sudah lapar dan tiada siapa yang masak pagi apatah lagi tengahari. 

"Lapar, lapar, lapar", jerit Anton yang tension dengan remote control yang semakin lemah baterinya.

Sambil nyanyi lagu 'Mari Menari' yang tang korusnya saja berulang kali, Anton pun mulakan sesi masak-memasak. Lauk hari ini ala-ala kampung. Ewaaah! Periuk, kuali, belanga, ikan, cili padi, kobis dan belacan. Kombinasi yang menarik.

Lepas cuci ikan, rendam dengan asam jawa. Senyum sekejap tanda skil memasak masih ada.  :D Dan lepas tu apa ye?

Friday, December 10, 2010

Salah posmenkah?

Macam biasa setiap sabtu, Anton suka temankan Datuk Lee pusing-pusing kota sambil makan aiskrim jagung. Tak padan dengan gigi dah kurang tapi aiskrim tetap mahu 3 batang. Tapi pagi Sabtu tu Datuk Lee tak nak keluar jalan-jalan. Datuk Lee ajak Anton ke majlis kahwin rakan baiknya, Encik Rosso. Sebenarnya, Encik Rosso ini ialah rakan Datuk Lee sejak zaman sekolah rendah lagi. Encik Rosso dulu ketua kebersihan kelas, bendahari kelab alam sekitar dan ada membela seekor babi hutan nama Fringe. Kad kahwin berwarna biru emas dihulur, alamat tak jauh hanya terletak di bandar. Ohh, pasti orang kenamaan. 

Lepas sarapan kepingan jagung bakar, Datuk Lee segak memakai baju kemeja Polo berseluar khakis. Kereta antik Volkswagen hijau bergerak ke arah utara, arah bandar. Perjalanan hanya 20 minit, belok kiri, belok kanan, pusing round about, ambil kanan, belok kiri dan u-turn dan sampai sudah di kawasan yang diinginkan. Mengikut peta, rumah Encik Rosso terletak di belakang tadika. Ya. Itu tadika! Tapi mana rumah En Rosso, nombor 45? Pasti ada khemah atau bunga atau banner besar untuk meraikan majlis bersejarah inikan?

"Anton, berhenti. Mari kita tanya orang tua itu", arah Datuk Lee sambil menunjuk-nunjuk jari ke arah orang tua yang bertongkat itu. "Apa Datuk Lee tak sedar yang dia juga tua?", bisik hati Anton. 

"Eh, sayalah Encik Rosso Mortyno. Dan rumah nombor 45 ini memang rumah saya, tak mungkin saya silap. Tentang tadika tu... Sudah 20 tahun diroboh, sampai sekarang penduduk masih belum dapat pampasan. Apa punya kerajaan! Err... Kamu berdua ini siapa?", balas Encik Rosso yang bersuara serak-serak basah ala penyanyi rock 80-an.

Terus serta-merta Datuk Lee keluar kereta dan memeluk Encik Rosso dan ucap tahniah. "Rosso, tahniah! Akhirnya kahwin juga kau! Tahniah! Tapi, mana kendurinya? Adakah aku terlambat?", terjah Datuk Lee bertubi-tubi. Jelas di raut wajah Encik Rosso keliru. Mulutnya ternganga lopong dan bertanya, "Kahwin? Siapa yang berkahwin? dan kamu ini siapa?"

Lantas Datuk Lee menunjukkan kad kahwin biru emas Encik Rosso. Ditunjuk-tunjukkan alamat rumah dan peta di kad itu. Anton yang masih di kerusi pemandu mematikan enjin sambil memegang perut yang berbunyi-bunyi akibat lapar. Tapi, Encik Rosso gelak tiba-tiba...

"Hahah. Ya. Kad ini memang kad kahwin aku", jelas Encik Rosso. "Tapi, aku sudah berkahwin 40 tahun yang lepas. Dan kad ini juga sudah aku pos 40 tahun yang dulu. Tidak ke kau cek tahun kad ini wahai sahabat?"

Secara tidak sengaja, taik burung jatuh ke cermin kereta.

Monday, December 6, 2010

Hello Bos?

Lepas tengok Boa Chun Lai kalah main badminton semalam, rasa semangat nak bersenam balik. Ewaahhh. Dah lama Anton tak pergi bersenam, sejak puasa-raya-final exam-malas. Ini standard alasan kreatif Anton, jangan siapa pertikaikan. Kalau dulu pukul 4 pagi dah berkasut sukan dan juga towel di tengkuk, yang cuma tinggal hanya tekan button play kat hi-fi Sharp tu - aerobik la katakan. Tapi kini jam pun boleh di snooze2kan. Bermulalah hari ini pukul 5 pagi Anton dah bangun pagi bersedia jalani hidup sihat dengan mata kuyu. Walaupun kepala tengah pikir nak brekfast apa kat kedai Ah Choy pagi nanti. Sampai je kat gym orang ramai. Takpa fokus.

♫ ♫ "I know you want me, want me, You know I want cha, want cha, I know you want me, You know I want cha, want cha!'  ♫ ♫

"Hello, bos?" Berbuallah Anton 5 minit adalah.

Tak siapa tau itu bunyi alarm henfon Anton sebenarnya. Ewwaahh! Memang tak siapa tau. Cayalah!



Friday, December 3, 2010

Sang Wira Yang Gagah Perkasa

Sebab tu lah Anton kata budak-budak zaman sekarang jangan terlalu beri kebebasan bersosial. Sebab terlalu liarlah mereka takda rasa hormat diri dan orang lain. Tak nak cakap salah ibu bapa atau cikgu-cikgu kat sekolah. Jangan pulak cakap salah Mark Zuckerberg, itu fitnah. Oh mereka terlalu berahi mencari perhatian dalam pergaulan tanpa kisah malu dan bersalah. Dia dan kliknya saja yang best. Kalau comel macam Sang Wira tak apalah.

Sang Wira yang gagah perkasa~


"Kalau lah boleh dibuat saman pasti Anton menang beribu-ribu", fikir Anton sedalam-dalamnya.
***

Published! Nota tak puas hati ini ditulis sebaik sahaja 2 remaja liar dan berahi tu cilok tempat duduk Anton di depan mata. Kemudian satu lagi tempat dicilok! Tapi kali ini bukan remaja, seorang dewasa. pffft!

Wednesday, December 1, 2010

Sorry

It's hard for me to express this. I might be smiling now but I hope by just saying I miss you mama the rest will understand that I really mean it. 

Antonella

Tuesday, November 30, 2010

Itulah Cabarannya

Lepas je borak dengan Carlo petang tu, hujan pun turun perlahan-lahan. Nasib haritu kurang baik sebab terpaksa lari-lari anak dengan heels tinggi. Tidak lah setinggi KLCC pun cuma boleh undang bahaya je. Tren lagi 5 minit nak sampai, syukur tak terlepas kali ini. Oh ya! Bila hujan mula turun, semua rencana makhluk mukabumi ini tergendala, barangkali dengan alasan best "ya sudah hujan, mari tidur nikmati alam'. Tapi anak-anak muda yang liar dan berahi ini tak tau yang hampir kesemua makhluk di stesen ini berobjektif mahu pulang dari tempat kerja. Takpe. Berilah peluang.

Tren penuh yang disangka tin sardin bergerak pun tiba. Jadi berjalanlah sardin-sardin itu tersumbat ke dalam gerabak biru kuning yang uzur itu. Masuklah Anton dengan langkahan mesra menyertai sardin-sardin yang lain. Jangan kau perasan ada udara bersih di dalam itu, Anton. Tidak lah kau dapat udara bersih buat seketika ditambah tajaan bau dari sekeliling. Takpa Anton lagak cool depan hero hensem tu. Gaya macam seorang athlete. Seperti mau tanya ada kamu main olimpik hari itu?

Belok kiri kanan tak jatuh pun sebab keadaan tren terlalu padat. Ya memang bunyi agak menarik tapi panas, tren ini tak ber-air cond. Alamak! Hero hensem tengah baca apa yang Anton taipkan ini. Oh terus Anton jadi malu saja. Lagi satu stesen tapi sardin tetap sardin. Kaki dah penat, berpeluh-peluh lagi tak payah pergi sauna lagi sebagai cadangan.

8 malam. Baru balik Anton? Mari makan malam, aku belanja, offer Carlo. Fuhh... Itulah nikmat dunia yang sebenar. Tapi Carlo, unta kau kan rosak?, curious Anton. Lantas dibalas, Alah... Tren kan ada. Apa susahnya.


Tren? Ya. Itulah cabarannya.







Sunday, November 28, 2010

Coretan Diari Biru

Truuttt... Truuttt... Truutt... Itu bunyi sms handphone Anton. Masa makan malam macam inilah ada orang nak ganggu. Begitulah busy nya Anton tiada siapa pernah peduli. Diangguk-angguk dan senyum lalu ditekan butang send. Ya, Anton masih guna handphone murah - bukannya yang boleh disentuh-sentuh, diraba-raba. Diratah ayam penuh mesra, seketul dua apa salahnya. Kemudian, diari biru Anton diselak perlahan-lahan. Sekali lagi, diangguk-angguk, tersenyum sendiri. 

"Fine, my week has gone. Tomorrow is a new day, a new week, a new life", kata Anton tiba-tiba diiringi senyum sinis ala-ala Yusf Haslam. Selesai makan Anton naik atas dan tidur. Habis sudah satu malam kisah Antonella.

Diari biru yang terbuka luas di atas meja tadi dibaca Carlo. Katanya:

"Seems that my blog is full of hatred this bloody week. Everyone asked me why? I kept silence. Truthfully, I hate you Fucker. But which Fucker I don't know! Though you didn't do anything bad to me. But I can feel it and I really hate to look at you. You don't ask me why because I don't have the answer. You'll ruin your life one day because your are damn stupid!"

Tiada siapa pernah tahu siapa yang dimarah Anton. Rupanya gelak-gelak Anton selama ini ada sedih disebaliknya. Carlo sedar Anton berbahasa London kalau dalam keadaan marah. Mungkin dia dah penat jadi watak utama dalam hidupnya, tidak mungkin dia rasa sepi. Ada nota kecil tertulis: 
"I have my own life, you don't say I don't have friends"


Biarkan dia tidur nyenyak malam ini kerana belum tahu apa yang akan berlaku esok hari.

Wednesday, November 24, 2010

Edisi II Tak Puas Hati Anton

"Eh, Eh. Aku tau la. Aku kaki boling. Kenal sangat dgn mereka tu", kata si Dynamo warna biru.

Lagi-lagi nak bertekak. Siapa kata Zulmazran tu adik beradik dengan Shalin Zulkifli? Nama akhir je sama, tapi diorang tu tak ada kene-mengena. Apa yang degil sangat. Kenapa tak cakap yang Salman Khan tu adik beradik dengan Genghis Khan? Ini memang boleh mendatangkan marah. 

Yang masih degil lagi ni kenapa? Luahan hati Anton dalam imaginasi tak boleh blah kat mamat bodoh tu. 


(ini penjelasan dari kawan Zulmazran sendiri)

Anton kata: Hmmm... ada sesiapa boleh buktikan? silakan.

Tuesday, November 23, 2010

Edisi tak puas hati Anton

Pukul satu time makan. 
Plan nak pergi Kopitiam Mr Jacob makan-makan minum-minum. 
Fuhhh! Ramai sangat orang berjalan yang dongak ke langit hari ini, sikit pun tak tunduk ke tanah. 
Mungkin sebab tu ada politik.
Tak tau sampai bila diorang nak jadi pencacai.
Tak reti berhenti.
Muka dia buruk sebab ada dua. Haram.
Cakap-cakap pun depan belakang tepi tengah atas bawah. Lagi haram.
Tak tau bila nak berhenti.


Macam rasa mau pengsan kat escalator tadi, mungkin escalator tadi berpenyakit.


Thursday, November 18, 2010

Monday, November 15, 2010

Katak Malam

Lagi sekali cerita malam. Malam ni bulan penuh, langit mendung buat Anton rasa nak tidur. Mana boleh tidur selagi assignment ni tak siap. Student life memang perit dan penat kononnya. Tapi ni mungkin alasan kreatif sebab sifat malas memang dah tertanam dari dulu. Dari tadi baru 10 patah perkataan je yang tertulis. Sudah hentikan! perut rasa lapar.

Aisbok kosong sebab semua orang dah tidur. Hari ni malam isnin maksudnya takda bola pagi ni. Jadi, misi mencari biskut kering bermula. Anton capai tin Jakob kuning, bukak penutup stail lama pakai sudu dengan harapan ada sekeping pun jadilah. Damn! Tinggal serbok!

Walau malam gelap, Anton capai juga basikal gigih ke kedai serbaneka Wong Chin. Itulah satu-satunya kedai cina yang tak jual ubat cina yang bukak 24 jam. Gelap wooo. Krek... Krek... Krek... bunyi basikal. Sambil kayuh sambil tu update twitter, ada kau kisah jeling Anton kat chihuahua jiran sebelah. 

Krek... Krek... Krek... bunyi basikal Anton lagi. Malam memang gelap satu hapa tak nampak hapa-hapa. 

Lepas parking basikal kat tiang tepi selekoh, kaki pun jejak tanah dan Anton kata, "cibai kau katak. Lagi sikit kau mau penyek".

Tamat.

Saturday, November 13, 2010

blurp.

"bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla...bla... bla... bla..."

Malam ni mendung, mungkin nak hujan. Kepala dah pening. Lebih baik tidur diam-diam. :)

Thursday, November 11, 2010

Sepetang di Kopitiam Mr Jacob

Kopitiam Mr Jacob penuh tak macam biasa. Bising, penuh dan pelik. Ada pesta ke? Jawapannya tidak. Ada gadoh-gadoh ke? Jawapannya tidak. Mungkin rezeki Mr Jacob hari ni lebih sikit dari biasa. Yelah beristeri barulah katakan. Kedai bukak dari 9 pagi sampai 10 malam, terkenal dengan tayangan gusti setiap malam. Fuh! Penuh memang penuh. Sampai nak jalan pun terasa sentuhan membara itu. (Euuuw) Petang Sabtu, Anton, Carlo dan Mario singgah sekejap minum-minum kat sana. Carlo nak jumpa Hailer, kawan sekolah dulu 

"Cepat! Meja kosong!", jerit Carlo cecah 500 hertz tak silap. 

Apa yang penting sangat meeting hari tu Anton tak pasti, tapi jelas sekali yang mereka semua perlu jumpa Hailer. Cerita sikit pasal Hailer, dia ni hensem, tapi itu Anton tengok dalam gambar la. Selain tu, putih gebu mcm keluarga DeCarpio dan yang paling penting ada Ferrari kuning sebijik. Lagi sekali, semuanya ada dalam gambar.  Perut dah lapar, panggil Mr Jacob lima kali baru dia datang, rasa nak marah, tapi tak baikkan. Nasib, Hailer pun sampai. 

Cerita bukan main panjang, tapi motif dan objektif perjumpaan masih kelabu. Cuma Carlo dan Hailer saja yang berborak. Pelik pulak bila mereka gelak Anton dan Mario juga turut gelak. Mungkin gelak sinis berbaur tak faham barangkali. Tapi biarkan, nak lepas rindu katakan, asalkan menu harini percuma.

Baru Anton nak tambah order, Hailer cuba undur diri. Katanya ada show, tak tanya pulak show apa atau tiket free. Untung-untung dapat tiket F1 pasti beruntung! Bukan sengaja lambat keluarkan duit tapi Hailer lagi pantas dahulukan duit. Tak sia-sia Hailer wakil lawan pedang dulu masa sekolah tinggi. Orang kata dia jaguhan, menang banyak piala. Itu semua juga ada dalam gambar. Katanya nak belanja. 'Fuh! Alhamdullilah', pikir Anton dalam hati yang merasakan duit makin pendek dari hari ke hari, semakin dikejar semakin tak dapat. Biarkan Anton bermonolog sekejap sambil muka serius kening berkerut merenung ke lantai kotak-kotak ala-ala retro. 

'Eh nanti! 25 sen!', tak sengaja terjerit kuat, Anton senyum sambil selamba ambil baki sen dari kashier dan pass kan kat Hailer. 'Rugi woooooo'. 

Apa yang Anton tak sedar, 25 sen tu bukan baki untuk tambang bas tapi tips untuk Mr Jacob. Disebabkan malu yang amat, Hailer terus pulang tak toleh ke belakang sekalipun. Dan tiada siapa pernah lagi datang minum kat kedai kopitiam Mr Jacob. Tak tahu bagaimana pulak dengan Anton. :)

Friday, October 1, 2010

A message from Carlo

Since Anton is busy with her study, she will update her new post later. I heard it is about 'Raga' this time. She must be in her crazy mode.
-Carlo

Sunday, September 5, 2010

datuk lee, basikal tua dan Puan Madaline versi II

Masa itu pagi, mata masih mengantuk apabila mama memesan Anton untuk mengejutkan datuk lee di rumahnya. Semenjak isteri datuk lee meninggalkannya, datuk lee agak sukar untuk bangun pagi dan terpaksalah kami sebagai jiran bergilir-gilir mengejutkannya. Bukanya tidak boleh menelefon sahaja datuk lee, tetapi datuk lee tidak reti menggunakan telefon, maklumlah matanya sudah rabun. Semasa memasuki halaman rumah datuk lee, Fanny, kucing belaan datuk lee sejak 20 tahun yang dulu melompat-lompat seperti menyambut kedatangan Anton. “Hai Fanny”, itu sahaja kata dari Anton.

Seperti biasa, Anton memasuki rumah datuk lee. Ruang tamu masih bersih, begitu juga dapur. Jelas sekali yang datuk lee masih belum bangun dari katilnya.

“Selamat pagi datuk lee”, kejut Anton.

Datuk lee nampak penat. Walaupun kisah hitam itu sudah 10 tahun berlalu, masih jelas ternampak kesunyian di wajahnya. Datuk lee pun bangun dan duduk sebentar sambil memakai cermin matanya.

“Mama pesan yang hari ini datuk lee tidak perlu ke pejabat kerana hari ini hari cuti”, Anton memulakan perbualan selari dengan anggukkan datuk lee.

“Hari ini hari apa Anton?” tiba-tiba datuk lee bersuara.

“Hari ini cuti tahun baru, satu Januari”, balas Anton sambil duduk di kerusi. Bilik datuk lee agak gelap. Mungkin kerana langsirnya yang tebal menghalang cahaya untuk masuk. Datuk lee yang duduk di atas katilnya masih termenung jauh.

Tidak lama selepas itu datuk lee bersuara, “Missy masih tidakmahu pulang. Sudah genap 10 tahun dia meninggalkan aku. Apa tidak dia risau makan pakai ku? Tidak fikirkah dia akan kedut-kedut di wajahku memikirkannya?”

“Anton, boleh kau memesan kepada Missy yang aku masih menunggunya?, pesan datuk lee kepada Anton.

Anton pulang ke rumah dengan seribu tanda tanya. Mungkin inilah maksud sebenar pesanan datuk lee kepada Anton dahulu - cinta itu bukannya satu, tapi banyak cinta, namun setia itu cuma ada satu.  Pemergian Puan Missy 10 tahun yang dulu langsung tidak merubah cinta datuk lee. Semuanya kerana setia datuk lee terhadap Puan Missy.

Tersenyum Anton. Alangkah indahnya mendapat cinta datuk lee.

Dan kasihan juga kepada Puan Madaline yang masih setia menunggu datuk lee hingga kini.




Thursday, September 2, 2010

G.A.Y.

When I was reading an old magazine, then I saw him.

The sad thing is, he is GAY. 







*The word “happiness” takes on a new meaning for me as of today - Ricky Martin

Hmm. Gay refers to feelings of being happy, carefree or bright. It is also related to homosexuality. However, it depends on how you define gay itself. I love gay people. They'll cheer me up.

(happy+cheer) x rainbow = rainbow gay




I still remember that I used to call my best friend gay. Anyway, he is a very cheerful friend.

Sunday, August 29, 2010

Datuk Lee, basikal tua dan Puan Madaline

Datuk lee pernah berpesan yang cinta itu bukannya satu, tapi ada manyak cinta. Tapi setia itu cuma ada satu. Masa datuk lee tinggalkan pesan ni, Anton baru berusia 9 tahun. Tiadalah sebarang komen ditinggalkan cuma hanya anggukkan keliru. Kini, Anton mula teringat akan kata-kata datuk lee. Mungkin ada benarnya di sana, siapa tahu. "Rindu pula pada datuk lee", bisik hati Anton.

Tiada siapa yang tak kenal dengan datuk lee. Orangnya ramah, baik, pemurah dan ceria. Bekerja sebagai posmen, hidupnya bermula seawal 6 pagi, mengayuh basikal ke pejabat pos berdekatan dan pulang pada jam 5 petang. Dengar kata datuk lee ini kacak orangnya. Ada darah kacukan belanda-sepanyol, padanlah Puan Madaline masih tetap menjanda. 

*datuk lee dan basikal tuanya

"Tapi apa yang menghalang cinta datuk lee dan Puan Madaline, En Sam?", soal Anton kepasa En Sam, guru matematiknya. 

Hingga kini, Anton masih menunggu jawapan dari En Sam. Barangkali ada cerita disebalik itu.

Feel cha cha cha

Malam itu, hujan rintik-rintik.

"satu, dua, tiga..."

"satu, dua, tiga..."

"satu, dua, tiga..."

Cuba lagi. "satu, dua, tiga"

Lagi sekali, "satu, dua, tiga"

Macam nilah bunyinya bila Anton pakai kasut tumit tinggi. Permulaan yang bagus untuk feel cha cha cha. *berkata sambil kenyit mata pada pasangan malam itu.

**sememangnya ini bukan kaki Anton


Saturday, August 28, 2010

Datuk Lee dan Loterinya


"Apa perasaan kau?, ada apa-apa komen?, sergah Carlo.

Anton diam, diam, dan diam lagi. Tik tok tik tok bunyi jam dinding sampai boleh didengar.


"Bila jatuhnya Kota Perancis, jatuh juga datuk lee." Anton tidak lah kecewa mana sambil kibarkan bendera Maysia tapi tetap berbaju Jerman.

*Kali terakhir dengar pasal datuk lee, dia baru beli waja buatan Maysia hasil menang loteri.
Memang orang kaya baru Kepong.



Saturday, August 21, 2010

Perbualan antara Mr Carmicheal dan Emily

Di suatu petang...

"kau tak duduk diam"

"apalagi yang perlu saya lakukan! saya sudah penat!!"

"Emily, degil betul. Cuba stay in a position"

"baik saya faham, tapi...."

"okay... sekarang buka sikit kaki"

"tidak mahu"

"baiklah, sekali lagi"
"saya masih tak mahu!, ia amat memenatkan"


"sekarang, pusing ke belakang. ia adalah yang terbaik!"

"iye... iye... saya faham, saya harus menarik diri"

"mengapa Emily?"

"sebelum pertandingan tarian itu bermula"


"beautiful. selesai sudah kerja kita. bagus Emily, bagus!"

eh eh. Rupanya Emily, si anjing hodoh sedang bergambar bersama Mr Carmicheal tatkala Puan Roszky sedang serius bertelefon di sudut taman. Aneh, perbualan mereka nampak mesra.

Senja begini seharusnya Anton pulang.

Thursday, August 19, 2010

Dua gadis cina tiada unsur perkauman, harap maklum.


Sudah lama tak menulis. Rasa seperti kosong. Anton terduduk sendiri di tangga sambil memangku komputer riba murahnya. Tak tahu apa dah jadi padanya, umpama dia koma setahun di ICU namun tiada siapa tahu. Episode baru bermula begini;

***

Semalam hari lahir Marcella. Semakin hari manusia semakin tua, tiada siapa yang pernah kembali muda. Rasa seronok bila dapat berjumpa gadis comel ni setelah 18 tahun tidak berjumpa. *Marcella ialah watak baru iaitu rakan karib Anton sejak tadika lagi.

Selasa, 3 suku petang, Anton tiba 15 minit awal sebelum masa yang dijanjikan. Sambil minum coke, Anton duduk selamba, berkongsi bangku dengan 2 gadis cina. Wah! Rancak berbual 2 amoi ni, bisik hati Anton.

"Kenapa mesti pakai stokin pink sedangkan kau tu lelaki"

"Katrina lebih hodoh dari Marine"

"Luis bukannya bijak pun tapi lurus. Mamak jual rojak lebih @#$%#$"

"Namanya Gloria? Tidak sesuai rasanya. Rasa seperti mahu cadangkan Glorance"

"Aku cakap pada Jonnny, bau kamu seharum DIOR. Malangnya dia tidak tahu aku hampir separuh mati menghidu nafasnya"

WOW! Dalam 2 minit hampir sepuluh nama yang disebut. Kisah yang berlainan, Anton pasti. Jelas manusia masih belum sedar yang semakin hari kita semakin tua tapi masih mahu sibuk perihal orang lain yang memang tiada talian dengan kita. Ini semua alasan kreatif untuk mengisi masa atau habit 'OMONGAN KOSONG' ini boleh jadi hobi baru barangkali. Tiba-tiba...

"bammm...!", tin coke KOSONG melompat ke dahi Anton.



**nak mengumpat jangan minum coke, minum lah PEPSI.
(lain kali jangan sibuk hal lain)

Wednesday, August 18, 2010

Should Anton Write Again?

“Sudah lama Anton tak berblog. Tunggu masanya sahaja,” kata Antonella